Terdapat beberapa perkara penting yang perlu anda tahu berkaitan dengan topik tafsiran dalam sejarah.
Apakah yang dimaksudkan dengan tafsiran dalam sejarah?
Tafsiran dalam sejarah bererti menerangkan atau mengulas sesuatu fakta sejarah berdasarkan sumber-sumber yang berkaitan dengannya.
Mengapakah wujud perbezaan tafsiran dalam sejarah?
Tafsiran tentang sesuatu peristiwa sejarah yang sama mungkin berbeza antara sejarawan. Perbezaan wujud disebabkan:
- Pemilihan sumber yang pelbagai
- Perbezaan pandangan
- Perbezaan ideologi
- Tujuan penulisan.
Walau bagaimanapun, pentafsiran dan penerangan yang objektif atau tepat menjadi matlamat utama seseorang sejarawan.
Apakah kepentingan tafsiran dalam sejarah?
- Menggalakkan kita menggunakan pelbagai sumber dalam penulisan bagi menghasilkan kajian yang mempunyai bukti yang kukuh
- mengajak kita menilai sesuatu peristiwa yang sama tetapi dilihat dari sudut yang berbeza
- Mendorong kita berfikir terbuka dan kritis dalam mengkaji sesuatu peristiwa dengan menggunakan pelbagai sumber sejarah.
Video di bawah menerangkan tentang tafsiran dalam sejarah seperti yang dinyatakan diatas dengan lebih mendalam. Semoga perkongsian video ini mampu membantu anda. Selamat Menonton.