Laman Perkongsian Bahan Bantu Mengajar
Laman sesawang ini di bangunkan sebagai salah satu medan untuk membantu golongan pendidik. Dunia teknologi semakin berkembang dan rugi rasanya andai kita tidak merebut peluang untuk mengaplikasikannya. Bahan bantu mengajar merupakan salah satu aspek yang penting untuk menjadikan proses PDPC menjadi lebih bermakna. Bahan bantu mengajar yang dibangunkan diharapkan mampu untuk membantu golongan pendidik. Disamping itu juga, laman ini juga diharapkan mampu untuk menjadi salah satu platform pendidikan tambahan kepada pelajar selain mengikuti sesi PDPC dalam bilik darjah.
Bahan bantu mengajar yang diketengahkan dalam laman ini ialah penggunaan aplikasi Video Powtoon. Video yang diselitkan pada setiap subtopik merupakan video yang dihasilkan sendiri oleh saya dan menggunakan sumber rujukan sepenuhnya daripada BUKU TEKS yang digunakan di sekolah. Laman perkongsian ini masih dalam fasa pembangunan dan bahan pengajaran akan di upload dari masa ke semasa. Sebarang komen membina amat di alu-alukan bagi menambahbaik laman perkongsian ilmu ini. |